Tentang UBK





VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENJADI PENARAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2010

MISI

UNTUK MERIALISASIKAN VISI KAMI AKAN MEMASTIKAN MISI BERIKUT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

1.Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
2.melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi yang tinggi dan berakhlak mulia.
3. membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
4. mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
5. memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar,

FALSAFAH

FALSAFAH PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI
POTENSI YANG BOLEH DIGEMBELINGKAN SECARA
OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG
CEKAP, BERKESAN DAN BERAMANAH
BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN
BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI
ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN
ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.




SENARAI TUGAS KAUNSELOR 

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
2.Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Sekolah melalui kajian keperluan, soalselidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru,pentadbir,kakitangan sekolah,ibu bapa dan bekas pelajar.
3.Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4.Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjukajar. (Instructional) yang merangsang perkembangan pelajar    secara optimum.
5.Merancang,melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
6.Merancang,melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
7.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT
8.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah,sahsiah, rokok dan alkohol.
9.Merancang melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam luar negara.
10. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
11.  Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
12. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
13. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
14. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa penyelaras perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
15. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan peningkatan profesionalisma perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
16. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kaitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
17. Menjadi personel perhubungan seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
18. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
19. Menjadi ahli jawatankuasa dalam majlis perancang sekolah, disiplin sekolah dan jawatankuasa lembaga/badan pengawas sekolah.
20.Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
21. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kurikulum, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.




Singgah sejenak di bilik Bimbingan dan Kaunseling.....





ruang tamu bilik kaunseling...






sudut maklumat yang memuatkan informasi kepada pelajar yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling.....




sudut kerjaya yang menempatkan brosur-brosur IPT, dan maklumat-maklumat mengenai kerjaya pelajar



bilik kaunseling individu....





bilik kaunseling kelompok .........











                                                                               






 












No comments:

Post a Comment