Motivasi


MENCAPAI TAHAP KECEMERLANGAN

Lazimnya pelajar cemerlang adalah pelajar yang memiliki sifat atau sikap yang positif. Ini disebabkan sifat atau sikap positif ini sahaja yang boleh melahirkan mereka sebagai pelajar cemerlang. Tanpa sikap positif seseorang pelajar itu tidak dapat akan berjaya mencapai matlamat yang diimpikannya. Oleh sebab itulah sikap positif perlu ada pada setiap pelajar atau sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan.

Pelajar cemerlang hendaklah mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Cita-cita itu mestilah tertanam rapi dalam dirinya , ditambah pula dengan semangat yang kental dan tidak mudah mengaku kalah walaupun terpaksa bersaing dengan pelajar yang lebih hebat dari dirinya sendiri.

Lazimnya pelajar yang bijak mempunyai matlamat hidup dan bercita-cita tinggi serta kebolehannya di luar kemampuan pelajar biasa. Ini bermakna cara pembelajarannya juga teratur dan dia mempunyai perancangan yang rapi sebelum melakukan sesuatu. Oleh yang demikian  tidak hairanlah dia menjadia pelajar contoh kepada pelajar lain dalam mencapai cita-cita.

Perlajar tersebut mestilah berusaha keras berserta dengan semangat yang tinggi untuk menjadikan matlamat atau cita-cita tersebut realiti. Selain itu, ibubapa perlu memupuk semangat juang yang tinggi ketika kanak-kanak masih kecil. Dengan cara itu, anak-anak membesar dengan semangat dan cita-cita yang tinggi.

Ketika inilah ibubapa perlu menjadi pendorong yang kuat dan sentiasa memberi semangat supaya cita-cita anak mereka menjad realiti apabila dewasa kelak. Lihatlah bagaimana anak yang dimanjakan oleh anaknya akhirnya menjadi seorang anak yang lemah semangat.

Ciri-ciri pelajar cemerlang.
Usaha yang gigih disertakan dengan semangat yang kuat tetap akan membawa kejayaan . jarang-jarang sekali orang yang berusaha tidak mencapai cita-citanya. Oleh itu pelajar yang ingin mencapai kejayaan mestilah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya agar apa yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan.

Lazimnya pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

1.       Mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi. Oleh sebab itulah dia belajar dengan tekun untuk mencapai matlamatnya.
2.       Pandai menguruskan masa belajar, berehat dan membantu keluarga. Biasanya pelajar seperti ini mempunyai jadual sendiri dan sentiasa mematuhinya.
3.       Memperbanyakkan latihan atau menjawab soalan-soalan yang susah bagi sesuatu subjek , terutamanya matematik dan sains yang mempunyai banyak latihan. Latihan yang dilakukan berdasarkan kaedah belajar yang betul.
4.       Tempat belajar mestilah di dalam bilik atau ruang yang sesuai dengan segala kelengkapan seperti lampu yang terang , meja tulis , alat tulis , buku teks, buku rujukan dan segalanya.
5.       Sebelum belajar , mandi terlebih dahulu supaya badan sihat dan segar. Ketika mentelaah pelajaran, otak mestilah dalam keadaan tenang. Jangan fikirkan perkara lain ketika belajar.
6.       Setiap nota pelajaran yang ditulis mestilah ringkas dan padat serta mudah diingat.
7.       Memahami dan mengingati setiap topik yang dibaca. Cara yang paling berkesan, selepas membaca setiap topik adakan perbincangan dengan rakan-rakan. Catat segala hasil daripada perbincangan tersebut, kemudian fahami dan ingati.

No comments:

Post a Comment