Aktiviti UBK



PMD 2013



















HARI KERJAYA UBK SMK SG BURONG 2011

Hari Kerjaya ini antara lain di isi dengan pameran peluang pendidikan, demontrasi masakan, pemeriksaan kesihatan dan kuiz. Ramai pelajar berminat dan menyertai aktiviti yang diadakan.



 mari saya tunjuk mcm mana nak masak


mari cikgu rosli saya cucuk tangan tu..




Program sehari ini dianjurkan oleh Unit UBK bersama Unit Koko
SMKSB dengan kerjasama Kolej MSU dan PTPL Shah Alam.






KEM KEPIMPINAN 2011


 1.0  TAJUK
            Program Kem Kepimpinan

2.0   MATLAMAT

2.1        Memperkembangkan potensi diri untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan berinteraksi dengan persekitaran.
2.2        Meningkatkan kerjasama kumpulan yang jitu untuk bergerak sebagai unit yang teguh di sekolah
2.3        Menyemai keyakinan dan ketrampilan diri yang mantap dalam melahirkan pemimpin dan pelajar yang cemerlang


3.0  OBJEKTIF

3.1        Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tetang pentingnya ilmu pengetahuan dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang yang perlu ada pada seseorang pemimpin.
3.2        Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri , sekolah , agama, keluarga, dan negara semasa menjalankan tugas di sekolah
3.3        Menyemai sikap positif, meningkat keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramah, bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab
3.4        Membantu pelajar meneroka potensi  diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan sentiasa memainkan peranannya dalam sekolah.

4. 0  BUTIR-BUTIR PERLAKSANAAN
Tarikh             : 24 – 25 Jun 2011
Tempoh          : 2 hari 1 malam  
Tempat           : SMK Sg . Burong

5.0  ANJURAN
                  Program ini telah di cadangkan oleh Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama badan pengawas dan badan disiplin, dan dibantu oleh PIBG sekolah.

6.0  SASARAN
Pengawas sekolah                 : 40 orang
Pengawas Pusat Sumber      : 20 orang
Pembimbing Rakan Sebaya : 20 orang
Jumlah                                  : 80 orang
           
7.0  KEHADIRAN
            77 orang / 80 orang

8.0  PERLAKSANAAN / PROGRAM / JADUAL
            - lihat lampiran


10.  KEPUTUSAN (Jika ada) / RUMUSAN 
Program berjalan dengan lancar mengikut jadual dan perancangan. 
                                                                                                           

JADUAL PROGRAM

Tarikh / Hari
2.30-4.00
4.00-6.00
6.00 – 7.00
7.00 – 9.00
9.00 – 11.00
11.00
Jumaat
Pendaftaran/ Penginapan/ Mendirikan Khemah
Ice-Breaking/ Team Building
Solat Asar/ Cergas Diri/ Pengurusan Diri
Makan/ Minum/ Solat/ Tazkirah
Potensi Diri/ Pengucapan Awam/ Protokol Dan Majlis
Lena Diulit Mimpi

7.00-9.00
9.00-12.00
12.00-2.30
2.30


Sabtu
Sarapan/Sihat Dan Cergas Diri
“Dinamika Group”
Mengemas Khemah Dan Kelengkapan/ Solat/ Makan
Rumusan/ Penilaian/ Majlis Penutup




 

 GAMBAR2 SEPANJANG PROGRAM.......

 Sesi taklimat.....

 Warrggghhh....laparnya...makan botol pun sodap...
(Pertandingan mulut besar.....)


Slot bersama pengetua....tq puan sanggup meluangkan masa dengan pelajar2 ni walaupun waktu malam....


 Taklimat sebelum aktiviti malam
 
 Senaman pagi... 

 Isi air dalam baldi berlubang....

Jalan-jalan angkut air
 Jalan kat batu bata....jangan jatuh beb!!!





PERKAMPUNGAN ILMU PMR 2011

Pada 8-9 Julai (Jumaat-Sabtu) UBK bersama unit akademik mengadakan perkampungan ilmu kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.  Antara lain tujuannya untuk mendedahkan pelajar kepada teknik menjawab soalan PMR dengan betul.  Semua calon PMR 2011 diwajibkan menyertainya dengan bermalam di sekolah.  Program diisi dengan seminar teknik menjawab dan diselang seli dengan sesi motivasi, ibadat dan riadah. 


Sesi pendaftaran dan taklimat program...




SEMOGA SEMUA CALON PMR 2011 BEROLEH KEJAYAAN DENGAN CEMERLANG















No comments:

Post a Comment